Wanita dan Kecantikan

Wednesday, June 3, 2015

PUNCA DAN PENYELESAIAN MASALAH JERAGAT

Adakah anda turut menghadapi masalah jeragat atau tompok-tompok hitam di muka? Malah ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik.Jeragat atau ‘melasma’ di muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan penduduk Asia umumnya. Ia merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.
Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal  yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.
Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat di muka. WOM.my akan meyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan jeragat di muka.Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :
  • Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan. 
Akibat daripada genetik.

Take Note!
Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar  tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya.

Cara Merawat Jeragat Di Muka
Terdapat beberapa cara untuk merawat jeragat di muka. Antaranya:
  • Penggunaan Set Rawatan Jeragat  Shakila Skincare & Spa http://shakilaskincare.com/shop/set-rawatan-jeragat/
  • Pudarkan jeragat dalam masa 3 hari dengan Set Rawatan Jeragat Shakila Skincare

    Set rawatan jeragat Shakila Skincare mampu memudarkan jeragat dari dalam dan luar dengan pantas. Pengguna akan rasai hasilnya seawal hari ketiga. Ia boleh digunakan oleh semua peringkat umur, tiada pengelupasan, tiada kemerahan.
    Tidak dapat dinafikan memang berasa malu berjalan keluar rumah atau di tempat kerja biar hanya ada setompok jeragat atau tanda hitam di wajah. Dengan set rawatan jeragat Shakila, ia akan kembalikan wajah anda yang berseri dan muda sentiasa,

    Set rawatan jeragat ini ada pelbagai khasiat:

    ✔ Memudarkan Jeragat seawal 3 hari dengan selamat dan berkesan
    ✔ Memecahkan tompokan hitam yang besar kepada tompokan kecil
    ✔ Mengawal jeragat dari merebak
    ✔ Pencerahan kulit lebih pantas
    ✔ Mengurangkan kedutan & garis halus pada wajah.

    Set lengkap ini merangkumi 6 produk:

    1) Lightening Cleanser – RM39.90
    Membersih secara mendalam segala kotoran di wajah
    2) Lightening Toner 135ml – RM59.90
    Menyegarkan wajah serta mengecilkan pori-pori
    3) ALoe Vera Hydro Gel – RM59.90
    Melembapkan wajah dan merawat luka-luka di wajah serta memulihkan kembali kulit menjadi NORMAL
    4) Uv Day Cream (1) – RM69.90
    UV DAY Cream = Sunblock + Foundation di rumus khas untuk kegunaan kulit berminyak . UV DAY CREAM ini mampu menjadikan kulit kembali NORMAL dan kurang berminyak.
    5) TREATMENT CREAM 10g – RM69.90
    Membantu menghilangkan bekas-bekas jerawat dan membantu mengeringkan jerawat-jerawat yang kecil.
    6) Lightening Oxygen Mask – RM69.90
    Merawat jeragat dari lapisan dalaman
  • Pengelupasan Kimia
Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Agak berkesan untuk jeragat tetapi anda harus melaksanakan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya lebih kurang 50 hingga 70% melasma akan kurang.
  • Laser
Cara ini adalah lebih berkesan kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam.
  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Sangat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.
  • Krim dan Sunblock
Ini merupakan rawatan susulan kepada rawatan di atas. Ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan jeragat di atas.
  • L Glutahione
Anda juga boleh mencuba untuk menggunakan produk berasaskan homeopathy dan biochemic. Selain itu pengambilan Glutathione juga membantu menyingkirkan toksin di dalam hati dan badan akibat penggunaan ubat berasaskan kimia.